Pelan Harmoni

Pelan Harmoni

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGANbeserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. 

Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ). 

* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari saya sendiri

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut: 

  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang

Manfaat kematian 

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh 

  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat  kematian

Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalanganJumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )

Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta 
( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .

Manfaat hanya akan dibayar secara berperingkat jika jumlah perlindungan melebihi Rm 200,000 
dan umur peserta akan datang kurang dari 5 tahun seperti berikut:-

Tahun pertama      :         20% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta 

Tahun kedua         :         40% dari Jumlah perlindungan

Tahun ketiga         :          60% dari jumlah perlindungan

Tahun keempat     :          80% dari jumlah perlindungan

Tahun kelima         :          100% dari jumlah perlindungan


Tambahkan Nilai Pelan Anda

Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider berikut :-


1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Medic Save.
7. Rider Indemniti Kemalangan.
8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
9. Rider Bertempoh.
10. Rider Tambah Nilai Tetap.


Kaedah Pembayaran seperti berikut 

* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.

Pembahagian Yuran prestasi dan insentif.

* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.

    Peserta          :  50%
    eTiQa Takaful :  50%

* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.

    Peserta          :   85%
    eTiQa Takaful :   15%


Siapa yang boleh menyertai:

 a) Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun.
b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment